Assalamualaikum W.B.T ...Saya nak bekongsi masalah yang saya hadapi. Sya mmpunyai seorang kekasih, yang juga sama umur dengan saya. Kami sudah 1 tahun lebih bersama. Namun sekarang ini saya mula merasakn tawar hati terhadap dia kerana kami berjauhan setelah saya ditawarkan menyambung pelajaran di sebuah IPTA,tapi tak mampu meninggalkan dia sebab dia terlalu sayangkan saya. Saya pula sebelum bercouple dgn gf saya ,saya mmpunyai perasaan terhadap junior saya di sekolah, dan sampai sekarang saya masih berharap pada dia walaupun dia tak tahu akan perasaan saya. Lagi pula sekarang ini saya mula berkenalan dengan seseorang melalui fb, dan saya juga rasa jatuh cinta terhadap dia. Kiranya situasi saya ini lebih kepada berharap pada 3 gadis pada waktu yang sama.
- Den Ketsui,Gambang.Pahang
DC solusikan:
Waalaikumussalam wbt den.first impression DC bile bace komen ni,DC berpendapat den ni sorang 'PLAYER'.Tapi DC fhm situasi den ni coz DC pernah berada dalam situasi ni.Terkadang kita akan merasa bosan atau lebih tepatnye selalu 'makan ati' bila banyak perkara yang sebelum ini kita dapat lakukan bersama psgn semakin terhad.Mungkin sebelum ini anda dapat selalu keluar bersama,bila dah berjauhan,fhm2lah..
Dalam masalah kedua den(secret admire ngn Junior),ini hanya mslh biasa kerana ada jenis individu yang boleh melakar impian atas apa yang ia lalui bergantung kepada keadaan&cara hidupnya.Samalah seperti sesetengah individu yang sudah mempunyai 'buah ati' tapi sibuk lagi nak mencari 'kawan baru'.Keadaan ini boleh berlaku kerana anda punya 'matlamat' dalam hal 'bercouple'. Bagi 'player' ,matlamat mereka mungkin inginkan kepuasan atau kepentingan nafsu mereka sendiri.Namun bagi yg benar2 ingin 'mencari' teman hidup,matlamat mereka mungkin untuk mencari 'yang terbaik' walau bukan 'yang sempurna'.
DC nampak di sini,den mula 'membanding2kan' GF den dgn junior tu.DC tangguhkan jawapan.Kita ke masalah yang terakhir den.Anda pasti mempunyai keinginan kepada orang lain sekiranya ia mempunyai ciri2 yang anda sendiri mahukan or setiap orang inginkan.Ini semua adalah FITRAH seorang Manusia.
Perasaan SAYANG,RINDU,MARAH,BENCI,MAKAN,MINUM,CINTA adalah di antara contoh fitrah manusia.Ini dibuktikan oleh sifat nabi&rasul yang mempunyai semua perasaan tu.Cuma satu perkara yang perlu kita INGAT!jangan biarkan fitrah ini dikuasai NAFSU&SYAITAN!hehe
DC try jawab :
Sebenarnya masalah den ialah TIADA MATLAMAT dalam hubungan sesebuah percintaan.Sebagai contoh,seorang pelayar yang belayar di lautan luas,jika tiada matlamat destinasinya,adakah ia mampu meneruskan pelayarannya jika dugaan(ribut&air bergelora) melanda?lebih baik tidur di rumah je..=)
Begitu juga dalam hubungan percintaan,jika tiada matlamat(berkahwin atau sebagainya),sudah tentulah anda akan melakukan sesuatu yang sia-sia belaka.Setuju tak?hehe
Mungkin ada yang berpendapat,bukankah semua itu PENGALAMAN?bukankah pengalaman ini yang akan mengajar kita menjadi lebih matang?betul..
Seperti individu yang ingin berjaya dalam hidup,perkara pertama yang perlu dilakukan adalah MELAKAR MATLAMAT!ibarat sebuah kejayaan yang berada di tangga teratas,untuk sampai kepada tangga teratas itu,anda perlu bermula dengan tangga pertama.Jika anda gunakan lif,sudah pasti anda akan jatuh&takkan bertemu semula tangga teratas tersebut jika tiada lif lagi.Berbeza jika anda bermula dgn tangga pertama,bila anda terjatuh,anda mampu mencari semula tangga yang pernah anda lalui bahkan dengan lebih mudah lagi.
Ini kerana tangga pertama itulah PENGALAMAN!
DC tak berhajat nak panjangkan lagi.Cuma DC cadangkan,siapa sahaja yang den pilih,den perlu fokuskan matlamat dalam hubungan.Jika tidak,USAH SESEKALI bermain cinta!kerana jika anda bermain cinta,bererti anda MEMAINKAN PERASAAN orang!lebih baik den tumpukan apa yang den nak kejar dalam hidup dulu!
Sebagai contoh,jika den mengambil keputusan memilih hubungan dengan Gadis yang pertama yang anda rasa semakin hambar,DC cadangkan beberapa tips untuk menghangatkan semula hubungan anda itu.huhu
> Nabi SAW pernah bersabda:"Barangsiapa yang mahu dimurahkan rezekinya dan dipjgkan umurnya,hendaklah ia bersedekah dan menyambungkan silaturrahim".
Bagaimana anda dapat menyambungkan silaturrahim dengan pasangan?cubalah menghantar pesanan ringkas kepadanya dengan ucapan salam,kata-kata cinta atau sms lucu pada masa-masa yang anda tidak pernah terfikir untuk melakukannya.Mungkin ketika ia sedang tidur atau ketika si dia sedang meeting.walau seperti tidak masuk akal,tapi terkadang cara ini dapat membuatkan si dia tersenyum ^_^ walaupun ia tidak membalasnya.
> Mungkin sebelum ini hubungan anda sama sahaja dgn hubungan orang lain.Cuba senaraikan hobi anda&si dia,'inovasikan' hobi anda tu.Cuba berfikir dengan 'keluar dari kotak' kebiasaan.Yelah,takkanlah bila hobi anda ialah membaca,asyik ke perpustakaan sahaja.Cubalah keluar bersama ke kedai2 buku,pesta buku atau ke rumah rakan-rakan anda,kemudian lakukan halaqah(perbincangan) bersama.Barulah terbuka minda sket hehe
# CARI PASAL
> tips ni bukan sembarangan ye..jgn salah faham sudah hehe tips ini untuk anda yg punya psgn yg sgt menyayangi anda.Cuba search kat google or internet psikologi2 games yang anda boleh lakukan bersama.Dramakan situasi itu.akhir sekali,anda wajib memujuk kembali.Baru 'thrill' dan ada cabaran sket..DC pernah lakukan tips ni,mak aih..MELEKAT!(mksudnya:tambah syg..jgn pk bkn2 ye)
> Terkadang pihak lelaki ni susah sikit nak datang jenguk pihak perempuan.Belum bersedia alasannya.Mereka lebih senang untuk bertemu(date) di luar.Mungkin lebih bebas katanya.Ada juga pihak perempuan yang 'liat' sikit untuk ke rumah lelaki.Jika rumah sewa tu paham2lah ye.Rumah family pun,si lelaki kenalah fhm,tak manislah si gadis selalu bertandang ke rumah si lelaki..mcm perigi cari timba pula.
Akan tetapi,lebih baik jika si lelaki terus bertemu keluarga si gadis jika mahu bertemu atau mengajak keluar.Sekali sekala cuba anda datang bawa buah tangan atau lakukan 'surprise',tak rugi..
# TAHAN KEINGINAN
> Ha..tengok tajuk je,mesti ramai yang fikir bukan2.Seperti Islam,banyak cara hidupnya mendidik kita menahan keinginan.Cth:puasa,solat dan sebagainya.Keinginan di atas ni bermaksud keinginan bertemu atau apa sahaja yg anda atau si dia ingin lakukan,cuba tahan.Menahan bukan bererti melupakan terus.Percaya tak,sesuatu yang ditahan2,jika ianya dilepaskan,sangat NIKMAT..(dah kata jgn pk bkn2..hish!)
> Akhir sekali,anda kena berani untuk meluahkan ketidakpuasan hati,kebosanan atau apa sahaja masalah dalam hubungan anda kepada si dia.
> Anda juga perlu pula menerima pendapat,komen atau apa sahaja kritikan daripada si dia.Tak adillah anda boleh kritik,si dia pula tidak!
> Kemudian duduk berbincang mencari penyelesaian.Jika tidak selesai,minta pandangan orang ketiga.
> Pandangan orang lain cuma sekadar pendapat yang perlu anda bincangkan semula,bukan semestinya anda terima bulat2!
Selamat mencuba den_ketsui..DC Chow dulu!!..^_^
No comments:
Post a Comment