"Tinta Cinta Terindah.."

"Sayang,Walau seribu dugaan mendatang,Aku hanya mahu kau seorang.Yang selalu hadir menemaniku dalam tidur atau jagaku"
perempuan : ape die awak ? lelaki : cuba awak tutup mata awak .. perempuan : okayy .. lelaki : gelap kan ? perempuan : yup , gelap . nape wak ? lelaki : cam 2 lah idup saye tanpa awak ♥ ♥

Sunday, August 28, 2011

Tips Menangani Cemburu?



Salam DC.Sudah hampir sebulan berpuasa,hampir tiba masanya kita berhari raya.Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin.Nama sye Fateha.Cukup panggil Teha je.Teha ada mslh& nk nasihat sket.kenape ye,sorang laki xle fhm ati sorang pompuan..Teha ade ramai kwn laki,tp kn cume kawan.BF Teha ni Cemburu sgt.Takkanlah sbb Teha couple ngn dye(BF),xle ade kwn2 lg ke?
                                                                                              
                                                                                    -FATEHAH MUSLIM,jln kuchai lama,KL

DC jawab:
Wslm Teha.Thanx soalan.DC ucapkan selamat hari raya juge,maaf zahir batin.Cukup pose x?hehe..Masalah Teha ni rasanya DC penah juge alami.Alhamdulillah semuanya dah ok.Kata orang,Cemburu tu tande SYG.Mungkin ade benarnye,mungkin tidak.

Nak tahu tak,CEMBURU ni berasal dari Nafsu.Nafsu ni pulak xla semuanya tak elok,ade yang baik.Semuanya berpunca dari fikiran seseorang.Kalo fikiran seseorang(tak kira laki or pompuan)sentiasa berfikiran positif(+),semuanya akan jadi baik.Begitulah sebaliknya.hehe

Sebenarnya jika kita sayangkan seseorang,kita nak orang tu selalu ambil perhatian pada kita.Tapi,kita kena bersikap ADIL.Kita mengenali seseorang bukan dari dia lahir.so,kita perlu akur setiap orang pasti dah berkawan dengan orang lain sebelum kita.Bila kita mengenali dia,takkanlah kita nak dia lupakan kawan-kawan dia yang mungkin lebih lama berkawan dari kita.

oklah.kat sini DC senaraikan beberapa sebab kenapa orang jadi cemburu.Study betul2 ye..
# KURANG PERCAYA
- bila anda belum percaya pada kesetiaan seseorang,anda pasti akan cemburu bila si dia 'mesra' semacam dengan orang lain.Lebih2 lagi yang berlainan jantina.
- Mungkin si dia merasakan orang lain bakal 'mengata' or 'mengutuk' dirinya.Ini akan menyebabkan si dia rasa 'saham' dah jatuh pada anda.
- Mungkin juga si dia merasakan anda akan terpengaruh dengan hasutan rakan-rakan anda yang mungkin menilai si dia pada aspek negatif(-).

# PENGALAMAN PAHIT MASA LALU
- Pengalaman si dia yang mungkin pernah patah hati kerana kekasih lamanya diambil orang boleh menjadi sebab mengapa si dia cemburu.
- Kebiasaannya,si dia yang baru pernah bercinta 1-2 kali sebelum ini,akan bersikap 'waspada' pada perkenalan barunya bersama anda.
- berbeza dengan si dia yang sudah lali,mungkin akan lebih terbuka.

# TIDAK PANDAI BERGAUL
- Sikap si dia yang kurang pandai bergaul adalah antara sebab si dia bakal cemburu kepada anda kerana merasakan autoritinya akan terjejas.
- Autoriti=keutamaannya.Mungkin si dia akan merasa tersisih apabila melihat anda mempengaruhi keadaan apabila bersama rakan-rakan.

# SELFISH(PENTINGKAN DIRI)
- Sifat cemburu juga boleh disebabkan oleh rasa pentingkan diri.Pendapatnya saja yang betul.kononnya si dia lebih tahu apa yang bakal terjadi jika anda bersama rakan lain.
- Mudah saja mengenalnya,jika si dia suka mengarah,tegas tak bertempat,mungkin si dia tergolong dalam sebab yang ini.

# ANDA TIDAK TAHU MENJAGA HATINYA
- Sebab yang ini berpunca dari anda sendiri.Manakan tidak,setiap kali bertemu,setiap kali berbalas mesej di telefon,24jam asyik bercerita tentang orang lain or rakan-rakan anda saja.
- Hinggakan bercerita tentang hubungan anda berduapun terselit satu dua cerita tentang orang lain.kononnya nak jadikan pedoman.Sampai saat si dia sudah bosan nanti,Good byela jawabnya.

# INGINKAN PERHATIAN
- Ada juga cara orang yang inginkan perhatian dengan cemburu dan disusuli dengan merajuk.
- Apa nak buat,anda asyik sibuk saja.Sampaikan si dia merasakan anda xpeduli tentang si dia walhal dalam sehari anda dah habiskan masa 23 jam membalas mesej telefonnya.hehe bukan apa,terkadang kita memanglah sibuk dengan kerjaya,si dia 'freetime' pula masa tu,menjadi-jadilah..

# BERMANJA
- Akhir sekali ni mungkin antara sebab yang tak masuk akal.Akan tetapi anda kena sedar,si dia mungkin perlukan anda untuk bermanja.Si dia sengaja cari pasal supaya anda memujuknya.Bila anda memujuknya,si dia sengaja pula 'jual mahal'.so,si dia sengaja nak tengok bagaimana anda memanjakan dirinya..

Sebenarnya banyak lagi,tapi cukuplah setakat ni dulu.Apa yang penting,Teha cubalah kenali sebab-sebab ini dan carilah cara terbaik menanganinya.DC rase panduan di atas mungkin membantu Teha mengenali mengapa orang boleh cemburu.so,lepas ni Teha tak perlulah 'stress' lagi tentang isu ni.Mudah2n setiap kali si dia pasang 'UMPAN',Teha bolehlah 'PASANG JALA' pulak ye!!

selamat mencuba dan selamat berjaya!-DC chow dulu...^_^ 

No comments:

Post a Comment